Saturday, 26 July 2014

ramadan

Macam biasa , seperti biasa. Macam selalu seperti selalu. Aku disini nak buka bicara melalui kata kata seperti dahulu kala.
Macam biasa aku nak kata, rasa nya dah lama tak bukak blog. Rasa macam dah lama tak tulis blog. Biasa laa bila berkerjaya sangat sibuk. Kerja bertimbun. Nak kena kejar untuk hantar report. Puih sampai aku pun selalu berbuka di office.
Okay takde laa selalu. Masa awal awal tu selalu buka dekat luar sebab dia ada dekat sini. Bila dia dah sibuk dengan kerja dia dekat kampung halaman, aku mula sibukkan diri dengan kerja office. Buka di office makan biskut pukul 8 balik. Gila lifeless. Tipu.

Bosan betul puasa kali ni. Aku tak rasa macam berpuasa. Sangat sibuk gamaknya. Selalu puasa , dapat lah rasa tahan lapar yang melampau. Dapat laa rasa penat yang terlebih. Dapat laa rasa kena pijak sebab tak bangun sahur. Puasa kali ni kosong kosong. Rasanya bru je semalam puasa. Tetiba tau tau esok dah last puasa. Last puasa adalah esok. Dan isnin adalah raya. Raya raya raya kali ni tak best. Baju seketul. Kasut tak beli lagi. Tudung pkai tudung saji. Abg aku cakap taya pakai tudung laa naa. Haa neraka jawabnya. Aku tak kesah kalau tak pakai sebab aku memiliki rambut yang cantik. Tipu. Hhaha. Tapi bila fikir blik kenapa kena jadi zalim sedangkan kita boleh pilih untuk jadi baik. *katakatadipetikdarikatakatasikawan*

Puasa, alhamdulillah. Seperti tahun tahun sebelum, umur dah nak cecah 21 tapi aku punya puasa masih belum penuh.. ya aku puasa tak penuh lagi tahun ni. Sangat bertuah. Nanti boleh puasa 6 kalau tade kelas zumba.

Okay rasanya dah cukup panjang aku type. Typo pun mesti merata. Tapi takpe, aku rasa aku hebat. Sebab aku hebat laa aku berjaya kedunia. Jadi semerna masih sempat aku nak ucap selamat berpuasa kepada semua muslimin muslimat didunia. Selamat berpuasa.

Baik laa. Kosong kosong k? Jumpa lagi di next entry. Love ya.

Sincerly,
Xoxo

No comments:

Post a Comment