Tuesday 12 July 2016

Suami

Lama tak update blog. konon nak buat popia. tapi bila teringat blog, terus rasa jari ni nak menaip. suami? yes. aku dah bersuami. alhamdulillah mula mula payah juga nak hadam yang kita ni dah bersuami. tapi lama lama okay laa. sebab bukan kawin dengan pilihan family pun. 

Suami. kalau nak cerita tentang suami, sampai kesudah tak habis entry ni. aku cuma nak org tahu aku dah bersuami. takut takut masih ada yang menyimpan hati. nanti merana aku tak pasti. suami. bukanlah seorang yang aku cukup kenali. 3 ke 4 bulan perkenalan dia dah minta aku menjadi isteri. menjadi setia disisi. menjadi suri dihati. bukan mudah nak katakan aku terima  kau menjadi suami. tetapi dek kerana masa lampau, aku memberanikan diri. org kata bercinta lepas nikah tu indah. tapi aku diberi peluang hampir setahun untuk mengenali suami. 

suami. terima kasih untuk hari ini.