Tuesday, 20 May 2014

aku berfikir sejenak

Aku berfikir sejenak kerana diri sendiri. Diri yang hidup membawa dosa. Dosa yang dikongsi bersama bapa abg abg adik dan yang berkenaan. aku bukan lah dibesarkan dalam family yang kuat beragama. bukan maksud aku family aku tade agama. Cuma tidak sampai yang aku lihat family org lain yang macam awesome dengan agama. macam mak kakak mereka menjaga aurat baik punya. ayah bagi didikkan agama yang padu.

aku bukan lah berlatar belakang budak sekolah agama atau macam mana. mungkin cuma sekolah tadika dan sekolah rendah . sekolah agama rakyat masa petang. tu pun aku asik lari sekolah lepas rehat alasan paling best aku ada latihan bola jaring. almaklumlah wakil sekolah masa tu.

aku terfikir sedangkan aku yang bukan belatar belakangkan budak sekolah agama, tapi aku berfikir tentang dosa apatah lagi kawan kawan yang berlatar belakang sekolah agama. duduk asrama bertahun tahun belajar agama. tapi tak mengamalkan agama yang mereka peroleh.

aku terfikir jika aku ni barang second hand. adakah aku barang second hand? bermula kerana berkawan dengan bebudak lelaki. jujur aku katakan, aku sangat gemar berkawan dengan bebudak lelaki. bukan kerana tiada budak perempuan dalam dunia ni. tapi aku memang selesa berkawan dengan lelaki. aku ada jiwa macam mereka. ingin lepak, inginkan buat benda benda yang awesome. aku kurang kepada perempuan yang kaki shoping yang fikir akuan kecantikkan sepanjang masa. yang nak pakai pakaian baru hari hari. yang rambang mata sesenang bila tengok benda cantik. yang ingin pakai makeup berlapis lapis untuk muka badan dan sebagainya. aku bukan macam tu.

aku berfikir, dengan berkawan dengan lelaki bermula lah adegan bersentuhan antara lelaki dan perempuan. dari situ datangnya dosa. ya tu dosa paling senang untuk semua org dapat. aku rasa aku si pendosa yang membawa dosa kemana sahaja. hidup penuh dengan dosa. aku rasa rugi tak belajar agama yang tinggi dan mendalam masa kecik dulu.

aku berfikir. aku pelik tengok kawan kawan yang sekolah agama tapi perangai serupa macam aku. sayangnya mereka. aku terfikir, kenapa bebudak sekolah aku yang biasa biasa tu lebih extreme baik dari kawan kawan aku yang sekolah agama. mereka mengalakkan bercinta tapi kawan sekolah aku pula, mengabaikan cinta. makin besar makin baik. sedangkan kawan kawan aku yang sekolah agama bagaikan kejar dunia bagai nak gila. kejar hot. mungkin. kejar hot ? tu bukan patut berlaku masa zaman sekolah ke ?

aku berfikir, kenapa mereka yang tahu lebih extreme tentang agama ni tidak mengikut secara extreme? aku ingin mempunyai agama yang extreme supaya aku boleh jaga diri dan didik diri supaya cari akhirat. tapi dah terlambat. aku dah tingalkan zaman sekolah pun. setelah hampir habis belajar dekat kuis, baru aku sedar aku perlukan agama yang mantap untuk tempuh pentas dunia yang menipu ini.

aku terfikir, berapa lama lagi akan aku terjebak dengan segala penipuan dekat dunia ni. berapa lama lagi aku perlu merangkak mencari agama allah. aku perlu merangkak mencari ilmu agama untuk memberi kekuatan kepada diri. taya cakap kawan kawan pun tape. tengok kenalan kenalan terdekat. yang belajar di al amin dulu belajar sampai mesir. akirnya? tertipu jugak dengan pentas dunia ni.

ya allah. berilah aku kekuatan menempuh dunimu. beri aku kekuatan dalam mengumpul pahala untuk bertemu dengan mu. aku ingin menerima buku amalanku dengan tangan kanan ya allah. permudahkan urusan dalam mencari akhiratmu. amin

No comments:

Post a Comment