Wednesday, 26 June 2013

rabbani basri

hi there. hi friends. hi follower. hi semua.
aku nak cerita lagi pasal budak acc yang sentiasa ada masa untuk bergayut tu. tapi weekday dia padat dengan kelas yang cantik jadual nya. baik lah bani jangan risau sebab aku takkan curi gambar kau lagi. :)
sesungguhnya aku sedang berfikir apa yang aku nak muntahkan buat entry ni. nak bagi kubur ni menarik dan deboom ! baik lari dah topik kat sini. hehe. maaf lah perempuan suka merapu.
okay aku dah ingat balik aku nak muntahkan apa. sesungguhnya aku nak cakap terima kasih sebab kita dah berkenalan tanpa tak langsung kita dah jadi kawan. ehh kita kawan bukan? tak langsung jugak kita dah tetiba sekelas. tanpa tak diduga kelas kita telah pun bergabung. itu tak disangka juga. baik, aku suka kawan dengan bani ni adalah kerana bani ni jenis yang suka baik kata kata semangat kat orang lain. yang aku tau lah. tak tau lah yang aku tak tau. tapi lantak p lah apa yang orang nak kata pasal dia. lain orang lain pandangan bukan .
bani, dia telah memberi sedikit taklimat kepada aku. haha. faham tak taklimat. ni bukan bahasa melayu tapi ni bahasa aku. ehh tapi bahasa melayu lah ni. dia kata tak kisah lah macam mana pun kisah sesuatu manusia tu pada zaman silamnya siapa dia sekarang itu lebih penting. macam tu lah lebih kurang. aku cuma mencantikkan bahasa je. haha. tu salah satu punca kenapa aku update lagi pasal manusia yang dilahirkan dengan nama muhammad rabbani basri ni. aku cuma mengatakan dan masih dalam pemerhatian . hikshiks. mamat ni dia ada gaya dan penampilan yang bagus dan kemas. dia sama je macam duda aku. sentiasa kemas dan jaga penampilan. cuma perangai je yang berbeza. itu lah manusia kalau semua sama mesti tak best bukan ? pastu dari pemerhatian aku, mamat ni jugak pandai menjaga hati kawan kawan. senang untuk bergaul dan peramah mungkin. kekurangan , aku tak nampak lagi. but, dia ni kuat . tetiba aku teringat masa dia tanya sama ada aku menyanyi atau bersyair. rasa nak je bukak pintu dan tolak dia keluar. hahah. dah lah xoxox

No comments:

Post a Comment