Sunday, 27 March 2011

syarat kemasukkan ke universiti putra malaysia.

UNTUK BUDAKBUDAK LEPASAN SPM.
 ni ada sikit aklumat pasal upm. kalau nak sila tengok. =)

SYARAT KEMASUKAN PRASISWAZAH

Syarat Am Universiti
Setiap calon yang memohon untuk mengikuti program bacelor di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan mestilah memenuhi syarat am universiti, keperluan khas program dan syarat-syarat lain yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.

      Kelayakan Minimum Calon STPM
      i) Lulus SPM/setaraf dengan baik;
      ii) Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/setaraf;
      iii) Lulus dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya:
            - Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am/Kertas Am; dan
            - Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain; dan
      iv) Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET).

      Syarat Minimum Calon Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)/Asasi Sains UM/ Tahun        Asas UTM
      i) Lulus SPM/setaraf dengan baik;
      ii) Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/setaraf
      iii) Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Tahun Asas UTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan
      iv) Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET).

      Syarat Minimum Calon Kelayakan Setaraf
      i) Lulus SPM/setaraf dengan baik;
      ii) Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/setaraf;
      iii) Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh
      Senat Universiti; dan
      iv) Telah mengambil Malaysian University English Test (Muet).

Keperluan Khas Program
Setiap program yang ditawarkan di FEP mempunyai keperluan khas dari segi kelayakan calon yang ingin mengikutinya. Maklumat lengkap keperluan khas adalah seperti berikut:

      Bacelor Perakaunan
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
i) Sekurang-kurangnya mendapat Gred C+ (NGMP 2.33) dalam satu (1) daripada mata pelajaran berikut pada peringkat STPM:
• Matematik
• Ekonomi
• Geografi
• Perakaunan
• Pengajian Perniagaan
ii) Lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik pada peringkat SPM. (Lulus sekurang-kurangnya mendapatGred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM bagi mata pelajaran Matematik boleh dianggap memenuhi keperluan lulus mata pelajaran Matematik di peringkat SPM)

ATAU

Matrikulasi Perakaunan/Sains Hayat/Sains Fizikal
i) Sekurang-kurangnya mendapat Gred C+ (2.33) dalam satu (1) daripada mata pelajaran berikut:
• Matematik
• Ekonomi
• Perakaunan
• Pengurusan Perniagaan
ii) Kepujian mata pelajaran Matematik dan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM. (Lulus sekurang-kurangnya mendapat Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi dalam mata pelajaran Matematik boleh dianggap memenuhi keperluan lulus mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM)

ATAU

Kelayakan Setaraf
i) Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM.
ii) ) Kepujian mata pelajaran Matematik dan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

      Bacelor Pentadbiran Perniagaan
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
i) Sekurang-kurangnya mendapat Gred C+ (NGMP 2.33) dalam satu (1) daripada mata pelajaran berikut pada peringkat STPM:
• Matematik
• Ekonomi
• Geografi
• Perakaunan
• Pengajian Perniagaan
ii) Lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik pada peringkat SPM. (Lulus sekurang-kurangnya mendapatGred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM bagi mata pelajaran Matematik boleh dianggap memenuhi keperluan lulus mata pelajaran Matematik di peringkat SPM)

ATAU

Matrikulasi Perakaunan/Sains Hayat/Sains Fizikal
i) Sekurang-kurangnya mendapat Gred C+ (2.33) dalam satu (1) daripada mata pelajaran berikut:
• Matematik
• Ekonomi
• Perakaunan
• Pengurusan Perniagaan
ii) Lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik pada peringkat SPM. (Lulus sekurang-kurangnya mendapatGred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi dalam mata pelajaran Matematik boleh dianggap memenuhi keperluan lulus mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM)

ATAU

Kelayakan Setaraf
i) Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM.
ii) Lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik pada peringkat SPM.

      Bacelor Ekonomi

Kursus Kemahiran Bahasa Inggeris
Pelajar dikehendaki mendaftarkan kursus Kemahiran Bahasa Inggeris seperti yang ditetapkan oleh Senat dalam tempoh pengajiannya di Universiti.

Prasyarat Tahap Malaysian University English Test (MUET) adalah seperti berikut:

      Kursus Asas - BBI 2409
      Band 1, 2

      Kursus Elektif Peringkat I - BBI 2410, BBI 2411, BBI 2412, BBI 2413
      Band 3 atau lulus BBI 2409

      Kursus Elektif Peringkat II - BBI 2414, BBI 2415, BBI 2416, BBI 2417
      Band 4 dan ke atas atau lulus Kursus Kemahiran Bahasa Inggeris Peringkat I*

       * Jika Keputusan MUET anda berada pada tahap band 3 dan ke atas, sila lengkapkan borang AK4 (Pengecualian Kursus)          untuk BBI 2409 dan serahkan kepada jabatan masing-masing. Perkara tersebut hendaklah dilaksanakan di dalam          semester pertama pengajian pelajar.

No comments:

Post a Comment